KEPAKARAN KAMI MENGHASILKAN DEKORASI FRESH FLOWER EXCLUSIVE DI MAJLIS BAHAGIA ANDA .TEMUI KAMI CINTA MALAEKA BY SENITRA VISION
LOKASI : MYDIN SUBANG JAYA
MASA : 10AM - 10PM
TARIKH : 2 - 8 JULY 2012
HANYA TINGGAL 4 HARI SAJA LAGI UNTUK MENDAPATKAN PROMOSI BUSANA BARU UNTUK DIGAYAKAN DI HARI BAHAGIA DAN CHARGE MINIMA UNTUK DEKORASI FRESH FLOWER EXCLUSIVE. TIDAK PERCAYA? TEMUI KAMI DI SANA..INSYAALLAH....KEGEMBIRAAN ANDA KEPUASAN KAMI!!!
SPECIALIZE IN EXTRAORDINARY FLORAL DESIGNS AND SERVICES FOR EVERY IMAGINABLE OCCASIONS ~ EVENT MANAGEMENT ~ CORPORATE FUNCTIONS ~SPECIAL EVENT ~WEDDINGS ~ GARDEN PARTIES ~BIRTHDAY PARTIES ~ RESORT, HOTEL & RESTAURANTS ~ PRIVATE HOMES ~ PERSONAL FLORIST
Search This Blog
Wednesday, 4 July 2012
Thursday, 28 June 2012
Koleksi Hantaran Bunga Segar by Cinta Malaeka
Salam Sayang....Bakal Pengantin yang bakal melangsungkan Majlis Perkahwinan atau Majlis Pertunangan, yang inginkan kelainan Cinta Malaeka ada menyediakan perkhidmatan gubahan hanataran menggunakan Bunga Segar Exclusive untuk memenuhi citarasa trend terkini.
- Harga boleh dirunding mengikut budget (termasuk tray hantaran, dulang, alas dulang)
- Rekaan boleh dibuat mengikut kehendak ANDA
- Bunga Segar yang digunakan antaranya Mawar, Orkid, Carnation.
- Bunga Segar yang selain disebutkan di atas bergantung kepada stock di pasaran
- Tempahan dan persetujuan awal diperlukan bagi keperluan tempahan bunga segar
- Deposit 50% diperlukan setelah persetujuan
Sila hubungi
Linda 012-902 8807
Delaila 017-212 8854
Hafiz 013-323 8178
untuk maklumat lanjut atau tempahan SEGERA .
KEGEMBIRAAN ANDA, KEPUASAN CINTA MALAEKA!
Wednesday, 27 June 2012
Cinta Malaeka: PAMERAN PENGANTIN
Cinta Malaeka: PAMERAN PENGANTIN: Salam Sayang Bakal Pengantin!!! Jemput Kunjungi Booth Kami KOLEKSI CINTA MALAEKA BY SENITRON VISION : Tempat : Mydin Subang Jaya ...
BUSANA MUSLIMAH DI HARI IJAB KABUL
Melengkapi Imej Muslimah Sejati dgn memenuhi tuntutan menutup aurat secara lengkap & selaras dengan syariat Islam. (bukan hanya semata2 kerana mengikut pengaruh & arus fesyen semasa)
Agar kaum Muslimah dapat menjadikan kehidupan dan sifat2 Hurul Ain sebagai contoh dambaan & kesempurnaan ciri2 seorang 'wanita yang anggun' dan agar Muslimah bercita-cita mengimpikan untuk menjadi salah seorang wanita penghuni syurga di akhirat kelak, INSYAALLAH...
MASYALLAH...cantik dan ayu sangatkan koleksi-koleksi busana muslimah Pengantin terkini yang saya dapati di internet...Nak mcm ni takde masalah boleh tempah ..sebijik tak dapat la kan...tapi 80% Insyallah terlaksana...
Nak shere sikit lah pasal Dalil-dalil aurat wanita :

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.
Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31].
"YA ALLAH berikan lah aku kekuatan dan
kesungguhan untuk mengikuti
perintahmu...aminnnnnn.........."
Belek-belek la koleksi busana pengantin muslimah ni...mana tau ada yang berkenan. Buat persediaan awal yer bakal pengantin sangat menjimatkan kos...last minit confirm ada last minit charges!!!! Ingat tu...
PAMERAN PENGANTIN
Salam Sayang Bakal Pengantin!!!
Jemput Kunjungi Booth Kami KOLEKSI CINTA
MALAEKA BY SENITRON VISION :
Tempat : Mydin Subang Jaya
Tarikh : 2 - 8 July 2012
Pakej Menarik Menanti Anda...Kegembiraan Anda
Kepuasan Kami!!!
KEPAKARAN KAMI ADALAH MENDEKORASI MAJLIS INDAH ANDA DENGAN BUNGA-BUNGA SEGAR EXCLUSIVE HANYA UNTUK ANDA DI HARI BAHAGIA!!!!

Panduan Perkahwinan Kepada Pengantin Perempuan & Lelaki (KEDAHAN)
Panduan Perkahwinan Kepada Pengantin Perempuan & Lelaki
Panduan Kepada Pengantin Perempuan
Isikan borang 2 dan borang simpi berwarna kuning (boleh menggunakan tulisan rumi).
Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
♫ Kad Pengenalan (asal dan salinan)
♫ Kad Pengenalan wali (asal dan salinan) - bagi pemohon perempuan sahaja
♫ Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
♫ Sekiranya pengantin perempuan ;
i) Seorang balu, sertakan salinan surat mati suami
ii) Seorang janda, sertakan salinan surat cerai
Panduan Kepada Pengantin Lelaki
Isikan borang 1 dan 2.
Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
♫ Kad Pengenalan (asal dan salinan)
♫ Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
♫ Sekiranya pengantin lelaki seorang duda, sertakan
salinan surat mati isteri / surat cerai
Peringatan
♐ Anak kariah yang tinggal diluar kariah hendaklah menggunakan alamat dalam kariah ketika mengisi borang.
♐ Mereka yang tinggal dalam kariah sebelum genap tempoh 6 bulan tidak layak mendapat pengesahan Imam.
♐ Hanya borang yang lengkap diisi dan disertakan dokumen-dokumen berkaitan akan dibuat pengesahan.
♐ Hantar / ambil borang pada waktu sembahyang di masjid.
♐ Majlis akad nikah HANYA akan di adakan di masjid.
♐ Sila berunding dengan tuan Imam untuk urusan penetapan tarikh dan masa akad nikah.
♐ Pengantin perempuan (berpakaian menutup aurat) dan wali dikehendaki ke masjid pada masa akad nikah berlangsung.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Agama Daerah yang berhampiran (bagi Negeri Kedah sahaja).
Sources: Jabatan Agama Islam Kedah Darul Aman
Prosedur Permohonan Untuk Mendapatkan Kebenaran Berkahwin (Bagi Negeri Kedah)
PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH
Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Agama Daerah di mana pemohon tinggal 1 bulan dari tarikh cadangan untuk berkahwin.
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Kad Pengenalan Wali - (bagi pemohon perempuan sahaja)
3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (salinan dan asal)**
4. Kebenaran berkahwin lelaki (jika lelaki daripada luar daerah) - (bagi pemohon perempuan sahaja)
5. Sijil Cerai Asal (bagi pemohon perempuan / lelaki)
6. Surat Mati bekas suami / isteri dan surat Perakuan Nikah / Rujuk - (asal dan salinan) (bagi duda / janda)
7. Kad Perakuan Memeluk Islam (asal dan salinan)** - (jika saudara baru)
8. Kebenaran berpoligami dari Mahkamah (jika berpoligami)
9. Surat kebenaran dari Kedutaan / Pihak berkuasa lain - (bagi pemohon bukan warganegara Malaysia)
10. Kebenaran berkahwin daripada pihak berkuasa tentera / polis
(bagi anggota tentera / polis)
11. Lelaki - Borang 1 & 2 dilengkap dan disahkan oleh Tuan Imam Qariah
12. Perempuan - Borang 2 dilengkap dan disahkan oleh Tuan Imam Qariah
PERINGATAN
Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL semasa datang untuk memohon kebenaran perkahwinan akan mengakibatkan permohonan anda ditolak.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah terlebih dahulu ditandatangani oleh Penolong Pendaftar Kariah / Imam di mana pemohon tinggal
** Sijil asal akan dikembalikan
Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶ Pemeriksaan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin
Perlaksanaan pemeriksaan kesihatan HIV kepada bakal pengantin akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008.
Setiap pasangan yang hendak membuat permohonan berkahwin di negeri Kedah atau memohon didaftarkan perkahwinan luarnegara, mestilah disertakan keputusan pemeriksaan kesihatan.
Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di klinik kesihatan yang telah ditetapkan. Sila lihat senarai klinik kesihatan.
Borang permohonan pemeriksaan kesihatan untuk bakal pengantin boleh diperolehi secara percuma di klinik kesihatan yang berkenaan.
Pemeriksaan kesihatan ini adalah diwajibkan ke atas semua bakal pengantin yang hendak membuat permohonan berkahwin di negeri Kedah atau memohon didaftarkan perkahwinan luarnegara.
Permohonan pemeriksaan kesihatan untuk bakal pengantin hendaklah dibuat 3 bulan sebelum tarikh berkahwin.

Thursday, 21 June 2012
Tip Erat Kemesraan Pembakar Rasa Cinta
Tip Erat Kemesraan Pembakar Rasa Cinta
Kunci utama kebahagian hidup bersama adalah dengan sentiasa
berfikiran positif dan menerima kelebihan dan kekurangan pasangan.
Melatih diri menerima teguran dan sentiasa berusaha
memperbaiki diri adalah langkah terbaik dalam perhubungan bersama.
Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya. Anda perlu bijak dalam
mengurus dan memikirkan cara terbaik untuk mengeratkan perhubungan
bersama pasangan.
Berikut ada beberapa tip untuk meningkatkan rasa cinta si dia padamu :
1. Menghormati Suami/isteri
Setiap pasangan perlu saling menghormati dan berkomunikasi dengan cara
Setiap pasangan perlu saling menghormati dan berkomunikasi dengan cara
yang baik.
Elakkan meninggi suara atau melarikan diri ketika permasalahan melanda
dalam keluarga anda.
Tip : Gunakan suara yang lembut ketika perbualan dan mengambil berat
mengenai aktiviti suami/ isteri
setiap hari. Tambah indah apabila anda menghulurkan bantuan membantu
isteri mengemas rumah di masa lapang. Pasti saat manis bersama bakal dikecapi.
menarik seperti membasuh kereta bersama sambil bergurau senda dengan
semburan buihan sabun.
Tip : Bangkitkan memori indah bersama pasangan dengan mengadakan makan
malam di rumah dengan masakan istimewa kegemaran si dia dengan gubahan
lilin aroma yang dipasang.
Tambah romantik dengan alunan muzik lembut yang dipasang ketika makan
malam berdua.
3. Memberikan Sentuhan Mesra
Tidak semestinya sentuhan sayang itu hanya di rumah. Anda perlu sentiasa
Tidak semestinya sentuhan sayang itu hanya di rumah. Anda perlu sentiasa
menyayangi pasangan dan menunjukkan tanda sayang anda pada si dia dengan
sentuhan mesra. Sentuhan yang dimaksudkan adalah seperti berpegangan
tangan ketika berjalandi pusat membeli belah, mengucup tangan si dia sebelum
anda pergi ke pejabat atau memeluk erat pasangan ketika menikmati
pemandangan di persisiran pantai.
Tip : Jangan lepaskan genggaman tangan anda pada si dia tatkala berjalan
berdua-duaan. Titipkan senyuman manis di bibir ketika bersama si dia bakal
menaikkan rasa cinta dan sayang padamu.
4. Menjaga Penampilan Diri
Penampilan yang menarik dan cantik perlu dijaga dari aspek luaran dan
Penampilan yang menarik dan cantik perlu dijaga dari aspek luaran dan
dalaman.Anda perlu kelihatan cantik dan kemas walaupun berada di rumah.
Kecantikan yang anda serlahkan di rumah buat yang tersayang akan
menunjukkan tanda anda ingin tampilkan diri
anda yang sebenar di mana menjaga kecantikan diri di rumah dan juga di luar.
Tip : Sarungkan pakaian yang cantik, oleskan sedikit pelembap bibir dan bedak
muka tipis ketika berada di rumah. Tambah segar dengan sedikit semburan
pewangiatau sapuan losyen pelembut
kulit badan. Si dia pasti tambah geram dengan kecantikanmu setiap hari.
Kasihnya juga bakal bertambah saban hari.
Ihsan : Pesona Pengantin
Tuesday, 19 June 2012
Isteri Dambaan Suami..Insyallah...Sharing is Caring..love u ols!!!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sayang untuk semua .
Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari
dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.
Selamat Beramal!!!!
Monday, 18 June 2012
Majlis Perkahwinan Anda Tetap Vogue!!Walaupun Dengan Budget Sederhana..Insyallah..
Perancangan awal dalam menyediaakan bajet
perkahwinan adalah perkara pokok yang seharusnya diutamakan oleh pasangan yang
bakal berkahwin nanti.Ini kerana perbelanjaan anda juga akan turut bertambah
setelah berumahtangga dan tinggal bersama dirumah sendiri.
Jika semasa zaman bujang anda boleh berkongsi rumah dengan
kawan-kawan,kini selepas berkahwin anda perlu menyewa rumah yang sudah tentu
memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.Silap merancang bajet perkahwinan,anda
akan mengakibatkan pembaziran dan sudah pasti akan memberi kegawatan ekonomi
anda sendiri.
Cara merancang Bajet Perkahwinan
Sediakan senarai bajet perkahwinan yang amat penting sekali bagi majlis perkahwinan anda kelak.Antara senarai yang penting adalah seperti berikut :
- Pakej perkahwinan yang lengkap(meliputi butik pengantin,kad kahwin,katering dan juga jurugambar perkahwinan.Jika ada penyedia yang menyediakan pakej secara all in one adalah yang terbaik untuk anda memilihnya.Ini kerana harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan kerana mereka dapat menjimatkan kos pengangkutan dan juga tenaga kerja
- Lakukan survey penyedia mana yang menyediaakan pakej mengikut bajet perkahwinan anda.Jika anda ingin menjimatkan masa,anda boleh mengunjungi pameran pengantin yang kebiasaannya menghimpunkan semua penyedia perkhidmatan perkahwinan.
- Untuk barang hantaran,anda boleh membeli semasa karnival beli belah yang ada pada setiap tahun.kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah murah berbanding harga normal.Elakkan dari membeli mengikut trends semasa kerana di situ anda perlu membayar harga yang tiada diskaun.
- Honeymoon adalah saat yang sudah pasti ditunggu oleh setiap pasangan yang selamat mendirikan rumahtangga.Anda boleh berbulan madu di dalam Negara yang masih ada keindahan alam semulajadi untuk dinikmati bersama oleh pengantin baru.
- Kebanyakan lelaki bujang takut untuk menghantar rombongan meminang kerana wang hantaran yang diminta oleh pihak perempuan adalah tinggi bagi mereka untuk disediaakan dalam masa terdekat.Sebagai jalan terbaik,anda bleh berbincang bersama pasangan untuk menetapkan jumlah yang mampu anda sediaakan.
Pinjaman Sebagai Bajet Perkahwinan Anda
Bagi yang baru bekerja,sudah pasti anda tiada simpanan yang besar
untuk majlis perkahwinan anda itu nanti.Di tambah pula dengan keperluan
membayar balik pinjaman pendidikan,ansuran kereta dan sara hidup untuk keluarga
sendiri,sudah pasti keadaan ini memeningkan anda.Sebagai jalan terbaik,anda
boleh membuat pinjaman sebagai bajet perkahwinan anda kelak.Ini kerana dengan
berkahwin anda dapat mengelakkan maksiat yang mungkin terjadi dek kealpaan anda
sendiri.
Tuesday, 12 June 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)