Search This Blog

Wednesday, 27 June 2012

BUSANA MUSLIMAH DI HARI IJAB KABUL

Melengkapi Imej Muslimah Sejati dgn memenuhi tuntutan menutup aurat secara lengkap & selaras dengan syariat Islam. (bukan hanya semata2 kerana mengikut pengaruh & arus fesyen semasa)
Agar kaum Muslimah dapat menjadikan kehidupan dan sifat2 Hurul Ain sebagai contoh dambaan & kesempurnaan ciri2 seorang 'wanita yang anggun' dan agar Muslimah bercita-cita mengimpikan untuk menjadi salah seorang wanita penghuni syurga di akhirat kelak, INSYAALLAH...


MASYALLAH...cantik dan ayu sangatkan koleksi-koleksi busana muslimah Pengantin terkini yang saya dapati di internet...Nak mcm ni takde masalah boleh tempah ..sebijik tak dapat la kan...tapi 80% Insyallah terlaksana...
Nak shere sikit lah pasal Dalil-dalil aurat wanita :

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.
Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31].
"YA ALLAH berikan lah aku kekuatan dan 
kesungguhan untuk mengikuti 
perintahmu...aminnnnnn.........."

Belek-belek la koleksi busana pengantin muslimah ni...mana tau ada yang berkenan. Buat persediaan awal yer bakal pengantin sangat menjimatkan kos...last minit confirm ada last minit charges!!!! Ingat tu...













No comments:

Post a Comment