Perancangan awal dalam menyediaakan bajet
perkahwinan adalah perkara pokok yang seharusnya diutamakan oleh pasangan yang
bakal berkahwin nanti.Ini kerana perbelanjaan anda juga akan turut bertambah
setelah berumahtangga dan tinggal bersama dirumah sendiri.
Jika semasa zaman bujang anda boleh berkongsi rumah dengan
kawan-kawan,kini selepas berkahwin anda perlu menyewa rumah yang sudah tentu
memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.Silap merancang bajet perkahwinan,anda
akan mengakibatkan pembaziran dan sudah pasti akan memberi kegawatan ekonomi
anda sendiri.
Cara merancang Bajet Perkahwinan
Sediakan senarai bajet perkahwinan yang amat penting sekali bagi majlis perkahwinan anda kelak.Antara senarai yang penting adalah seperti berikut :
- Pakej perkahwinan yang lengkap(meliputi butik pengantin,kad kahwin,katering dan juga jurugambar perkahwinan.Jika ada penyedia yang menyediakan pakej secara all in one adalah yang terbaik untuk anda memilihnya.Ini kerana harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan kerana mereka dapat menjimatkan kos pengangkutan dan juga tenaga kerja
- Lakukan survey penyedia mana yang menyediaakan pakej mengikut bajet perkahwinan anda.Jika anda ingin menjimatkan masa,anda boleh mengunjungi pameran pengantin yang kebiasaannya menghimpunkan semua penyedia perkhidmatan perkahwinan.
- Untuk barang hantaran,anda boleh membeli semasa karnival beli belah yang ada pada setiap tahun.kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah murah berbanding harga normal.Elakkan dari membeli mengikut trends semasa kerana di situ anda perlu membayar harga yang tiada diskaun.
- Honeymoon adalah saat yang sudah pasti ditunggu oleh setiap pasangan yang selamat mendirikan rumahtangga.Anda boleh berbulan madu di dalam Negara yang masih ada keindahan alam semulajadi untuk dinikmati bersama oleh pengantin baru.
- Kebanyakan lelaki bujang takut untuk menghantar rombongan meminang kerana wang hantaran yang diminta oleh pihak perempuan adalah tinggi bagi mereka untuk disediaakan dalam masa terdekat.Sebagai jalan terbaik,anda bleh berbincang bersama pasangan untuk menetapkan jumlah yang mampu anda sediaakan.
Pinjaman Sebagai Bajet Perkahwinan Anda
Bagi yang baru bekerja,sudah pasti anda tiada simpanan yang besar
untuk majlis perkahwinan anda itu nanti.Di tambah pula dengan keperluan
membayar balik pinjaman pendidikan,ansuran kereta dan sara hidup untuk keluarga
sendiri,sudah pasti keadaan ini memeningkan anda.Sebagai jalan terbaik,anda
boleh membuat pinjaman sebagai bajet perkahwinan anda kelak.Ini kerana dengan
berkahwin anda dapat mengelakkan maksiat yang mungkin terjadi dek kealpaan anda
sendiri.
No comments:
Post a Comment